Kita Peng yu

Kita Peng yu

Friday, April 22, 2016

Melepasi Ujian

Setiap manusia yg bernyawa pasti diuji. Pasti.

Aku tak terkecuali. Kadang aku lelah dengan ujian. Rasa seperti tidak tertanggung. Aku masih lemah Ya Rabb.

Dalam pada kenikmatan yang Dia beri, diselit beberapa ujian yang mencabar. Untuk mengangkat martabat aku sebagai manusia disisiNya.

Ya Allah, aku tahu Kau tak mgkin bebaniku dengan ujian yang berat yang tidak sepadan dengan kemampuanku. Tapi Kau kurniakanlah aku ilham dan jalan keluar untuk aku. 

Terima kasih atas ujian dan kasih sayangMu.



Friday, November 20, 2015

Nikmat dan sahabat

Kurang beberapa lama lagi, tahun 2015 akan melabuhkan tirai. Banyak peristiwa pahit manis yg berlaku dalam hidup aku.

Aku pertama kali beroperasi di Miri, diugut bunuh dan dipermainkan oleh orang2 yg sepatutnya membantu aku.

Tahun 2015 juga aku melengkapkan kerjaya dengan kursus diver di Lumut. Aku berkenalan dengan sahabat2 baru dan yang paling aku syukuri, aku bertemu dengan seorang sahabat insyaAllah dunia akhirat, sofi.

Seorang sahabat yg kerap bangun malam, mulut tak lekang zikir dan banyak menasihati. Syukur pd Allah Yang Maha Kuasa, Dia pertemukan aku dgn seorang sahabat yang luar biasa. Salah satu nikmat yang takkan aku sia2kan. Allah..

Aku masih belum dikurniakan rezeki anak. Aku masih mencuba. Adakalanya datang stress bila dikalangan kawan2, ada yang mendahului aku. Tapi segalanya telah Dia tetapkan. Siapalah aku nk mempersoalkannya. Cuma, aku manusia biasa. Aku lemah.

Perjalanan hidup aku masih jauh, masih banyak mehnah dan tribulasi yang harus aku jalani dan lalui. Kadang aku rasa lelah dengan hidup ini. Aku ada duit, harta, isteri tetapi hidup masih terasa kosong..

Aku mahu jadi hamba Allah yang soleh. Yang mendambakan diri kepadaNya setiap detik. Kerana dunia ini bagi aku persinggahan yang sementara.

Doakan aku..

Tuesday, March 24, 2015

Harapan baru 2015

Assalamualaikum

Lama sebenarnya aku tak menulis. Aku rindu menulis. Mungkin Allah bakatkan aku dengan penulisan. Aku tak pandai menyepak bola, seringkali bagi bola tanggung kalau aku memegang raket dan menjadi simpanan setiapkali bermain futsal. 

2015

Tahun ini beri aku sinar baru. Aku diizinkan Allah untuk sampai ke Mekah dan Madinah yang diberkati dan aku juga dikurniakan seorang isteri yang cantik dan solehah. Syukur Alhmadulillah. Aku kini semakin tenang.

Umrah

Tak pernah aku bayangkan bagaimana dapat dekatnya aku dengan Baitullah. Kiblat yang setiap hari aku lihat. Aku dapat kucup dan sentuh batu yang dilihat berbilion manusia dengan tangan ini pada usia 28 tahun. Terima kasih Allah.

Aku hadiahkan hari lahir yang ke 28 dengan umrah kerana Allah.

Aku berpeluang ke bumi Madinah untuk mengucap salam kepada Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda.

Komando

Bergelar komando suatu impian yang tak pernah aku bayangkan. Aku lembik. Jiwang dan mudah tersentuh. Tapi dengan kuasa dan izin Allah, Alhamdulillah aku berjaya untuk lulus. Tiada kata yang mampu aku ungkapkan melainkan syukur yang tak terhingga kepada Yang Maha Kuasa.

Aku dah beristeri
Bergelar pegawai komando
Telah menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah
dan semoga Allah izinkan aku melengkapkan aku dan isteri dengan zuriat yang soleh dan solehah. AMEEN<