Kita Peng yu

Kita Peng yu

Friday, November 20, 2015

Nikmat dan sahabat

Kurang beberapa lama lagi, tahun 2015 akan melabuhkan tirai. Banyak peristiwa pahit manis yg berlaku dalam hidup aku.

Aku pertama kali beroperasi di Miri, diugut bunuh dan dipermainkan oleh orang2 yg sepatutnya membantu aku.

Tahun 2015 juga aku melengkapkan kerjaya dengan kursus diver di Lumut. Aku berkenalan dengan sahabat2 baru dan yang paling aku syukuri, aku bertemu dengan seorang sahabat insyaAllah dunia akhirat, sofi.

Seorang sahabat yg kerap bangun malam, mulut tak lekang zikir dan banyak menasihati. Syukur pd Allah Yang Maha Kuasa, Dia pertemukan aku dgn seorang sahabat yang luar biasa. Salah satu nikmat yang takkan aku sia2kan. Allah..

Aku masih belum dikurniakan rezeki anak. Aku masih mencuba. Adakalanya datang stress bila dikalangan kawan2, ada yang mendahului aku. Tapi segalanya telah Dia tetapkan. Siapalah aku nk mempersoalkannya. Cuma, aku manusia biasa. Aku lemah.

Perjalanan hidup aku masih jauh, masih banyak mehnah dan tribulasi yang harus aku jalani dan lalui. Kadang aku rasa lelah dengan hidup ini. Aku ada duit, harta, isteri tetapi hidup masih terasa kosong..

Aku mahu jadi hamba Allah yang soleh. Yang mendambakan diri kepadaNya setiap detik. Kerana dunia ini bagi aku persinggahan yang sementara.

Doakan aku..