Kita Peng yu

Kita Peng yu

Tuesday, March 24, 2015

Harapan baru 2015

Assalamualaikum

Lama sebenarnya aku tak menulis. Aku rindu menulis. Mungkin Allah bakatkan aku dengan penulisan. Aku tak pandai menyepak bola, seringkali bagi bola tanggung kalau aku memegang raket dan menjadi simpanan setiapkali bermain futsal. 

2015

Tahun ini beri aku sinar baru. Aku diizinkan Allah untuk sampai ke Mekah dan Madinah yang diberkati dan aku juga dikurniakan seorang isteri yang cantik dan solehah. Syukur Alhmadulillah. Aku kini semakin tenang.

Umrah

Tak pernah aku bayangkan bagaimana dapat dekatnya aku dengan Baitullah. Kiblat yang setiap hari aku lihat. Aku dapat kucup dan sentuh batu yang dilihat berbilion manusia dengan tangan ini pada usia 28 tahun. Terima kasih Allah.

Aku hadiahkan hari lahir yang ke 28 dengan umrah kerana Allah.

Aku berpeluang ke bumi Madinah untuk mengucap salam kepada Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda.

Komando

Bergelar komando suatu impian yang tak pernah aku bayangkan. Aku lembik. Jiwang dan mudah tersentuh. Tapi dengan kuasa dan izin Allah, Alhamdulillah aku berjaya untuk lulus. Tiada kata yang mampu aku ungkapkan melainkan syukur yang tak terhingga kepada Yang Maha Kuasa.

Aku dah beristeri
Bergelar pegawai komando
Telah menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah
dan semoga Allah izinkan aku melengkapkan aku dan isteri dengan zuriat yang soleh dan solehah. AMEEN<

3 comments:

  1. Allah beri kita sedikit, untuk uji kita sedikit. Dan sabar kita ada untungnya nanti-nanti.

    Moga yang bergolek tak buat kamu leka
    moga yang menghimpit tak buat kamu lemas

    Moga berbaik-baik dan dilindungi akan segalanya, dengan kuasa Dia.

    Ameen

    ReplyDelete
  2. Ko layak dapat apa yg Allah kurniakan. Apa yg berlaku dlm hidup kita ni sebaik-baik aturan dari Nya. Walaupun kadangkala kita rasa ada je yg tak kena itu ini (eh. aku cakap pasal diri aku plak). Rindu Masjid Nabawi dan Masjidilharam. Huhuhu. :(

    ReplyDelete
  3. Eh. Mana post-post yg lain masa aku mula-mula kenal ko dlm dunia blogging ni? Ko delete ke? Huhuhu.

    ReplyDelete